Sistem tulisan Bahasa Sepanyol

Bahasa Sepanyol ditulis menggunakan huruf rumi, dengan penambahan aksara "ñ" (eñe) yang melambangkan fonem /ɲ/ (bersamaan bunyi hanya dalam bahasa Melayu) dan dianggap sebagai huruf yang berbeza daripada "n", meskipun dihuraikan secara tipografikal sebagai "n" dengan tanda tilde. Dwihuruf "ch" ([che] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dan "ll" ([elle] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) juga dianggap sebagai huruf tunggal dengan nama dan kedudukan sendirinya dalam susunan huruf, kerana setiap satunya mewakili satu fonem tunggal (masing-masing /tʃ/ dan /ʎ/). Sungguhpun begitu, dwihuruf "rr" ([erre doble] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "r" ganda, atau [erre] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) yang dibandingkan dengan [ere] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) /r/, tidak dianggap sebagai huruf tunggal. Maka, susunan abjad Sepanyol tradisi mempunyai 28 huruf (29 jika mengambil kira "w" yang hanya didapati dalam kata pinjaman dan nama asing):

a, b, c, ch, d, e, f, g, h, i, j, k, l, ll, m, n, ñ, o, p, q, r, s, t, u, v, (w), x, y, z.

Sejak tahun 1994, kedua-dua dwihuruf tersebut dianggap sebagai pasangan huruf bagi tujuan pengumpulsemakan. Mana-mama perkataan yang mengandungi "ch" kini diisih dalam susunan huruf di antara perkataan yang mengandungi "ce" dan "ci", dan bukannya menyusuli "cz" sebelum ini; begitu juga untuk "ll". Namun begitu, nama-nama che dan elle masih digunakan secara tidak formal.

Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti México. Sesuatu perkataan Sepanyol yang biasa menekankan suku kata kedua terakhir (maksdunya, suku kata terlibat ditinggikan intonasinya) jika berakhir dengan huruf vokal (tidak termasuk y) atau dengan huruf konsonan n atau s; jika tidak maka suku kata terakhirlah yang ditekankan. Pengecualian kepada hukum ini ditandai dengan membubuh tanda akut pada huruf vokal yang ditekankan.

Tanda akut juga digunakan untuk membezakan antara homofon tertentu, terutamanya apabila salah satunya ditekan dan yang lain bukan: bandingkan [el] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata sandang tentu jantan) dengan [él] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("ia"), ataupun [te] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("kamu", kata ganti nama objek), [de] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata depan "dari"), dan [se] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata ganti refleksif) dengan [té] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("teh"), [dé] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("beri") dan [sé] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("Saya tahu", atau kata imperatif "ialah").

Kata-kata ganti tanya ([qué] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [cuál] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [dónde] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [quién] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) juga menerima tanda bunyi sedemikian dalam soalan-soalan langsung dna tidak langsung; lebih-lebih lagi sebilangan kata penunjuk ([ése] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [éste] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [aquél] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) boleh ditanda apabila digunakan sebagai kata ganti nama. Kata penghubung [o] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("atau") ditulis dengan tanda akut antara angka-angka agar tidak dikelirukan dengan angka sifar: cth., [10 ó 20] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) sepatutnya disebut [diez o veinte] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) dan bukannya [diez mil veinte] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("10, 020"). Tanda akut sering digugurkan dalam huruf besar (melalui amalan yang berleluasa pada zaman awal komputer apabila cuma huruf vokal kecil mempunyai tanda berkenaan), meskipun ditegah oleh pihak RAE.

Dalam kes-kes yang jarang, "u" ditulis dengan tanda diaeresis ("ü") apabila ditulis di antara "g" dan satu huruf vokal hadapan ("e" atau "i"), untuk menandakan bahawa huruf "u" itu mesti disebut, dan bukannya bisu seperti biasa (cth., cigüeña, "stork", disebut /θ̟iˈɰweɲa/; jika ditulis sebagai cigueña, maka sebutannya /θ̟iˈɰeɲa/).

Klausa pertanyaan dan seruan dimulakan dengan tanda soal (¿) dan seru (¡) yang songsang, lalu diakhiri dengan tanda soal (?) dan seru (!) yang biasa.